Masa berlalu begitu pantas.Dalam sibuk melayani permintaan ramai perniagaan dan khidmat kami sudah menjangkau usia 15 tahun rupanya (2000 - 2015 ). Kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua, tanpa kalian siapalah kami. Terima kasih juga pada semua yang sudi hadir bersama pada malam silatulrahmi aidilfitri 1436 lalu bersempena malam ulangtahun ke 15 khidmat kami....
Silap salah harap dimaafkan, semuga bertemu lagi di tahun-tahun akan datang.
Isnin, 12 Oktober 2015
Selasa, 4 Mac 2014
AHMAD HAMZI IZDIHAR DIPILIH MENJADI MODEL PROMOSI
Bermula 1 Januari 2014 perusahaan bebola daging lembu segar tempatan akan menggunakan gambar adik Ahmad Hamzi Izdihar (11) sebagai model pengiklanan bakso Medan. Foto gaya bersila
memakai belangkon sambil makan bakso tersebut menggambarkan identiti bakso yang masih mengekalkan citarasa dan resepi asalnya biarpun sudah bertapak di Malaysia lebih 14 tahun. Paket bakso baru dan lama dipaparkan untuk memudahkan pengguna mengenali pembungkusan bakso dengan kadar 500gm setiap bungkusan. Latarbelakang iklan di pesawat penerbangan yang menjadi latarbelakang model pula membawa dua maksud utama, sejarah perjalanan dari Medan ke Malaysia dan iltizam tinggi perjuangan para karyawan bakso medan.
Label:
15 tahun,
ahmad hamzi izdihar,
asoi,
kg belahan tampok,
logo,
promosi,
tanda pengenalan
Khamis, 3 Mac 2011
PAK POLISI SUKA BAKSO
Teks bahasa Indonesia) Bukan sekadar makanan pekerja ladang, suri rumah, TKW malahan pak polisi di Malaysia juga suka bakso (lagi sedang dalam tugas, photo pak polisi tidak lulus izin, mobilnya mampir di warung bakso aja jadi bukti).
Isnin, 12 Julai 2010
KURSUS PENINGKATAN Q DI SUMATERA
Selain menghadiri bengkel anjuran Jabatan Vaterinar dan Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam JAKIM berkaitan penambahan produk halal dipasaran, firma kami juga mengambil langkah meningkatkan kualiti dengan menghantar kakitangan menghadiri kursus yang bersesuaian dengan bidang tugas masing-masing. Diantara lokasi kursus yang dihadiri pada bulan Disember 2009 adalah di Pekanbaru, Riau, Pulau Sumatera , Indonesia .
Keberangkatan dengan penerbangan AK 572 jam 3.50 petang tersebut diiringi cuaca redup selama 40 minit. Destinasi penerbangan Bandara Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, Riau , Indonesia jam 3.35 petang (WIB). Sepanjang program 4 hari 3 malam tersebut semua peserta dibawa menginap di Hotel Asean, Pekanbaru. Antara agenda lawatan sambil belajar tersebut adalah melawat kilang dan industri pembuatan bebola, mengkaji kualiti daging lembu di pasaran tempatan dan perbincangan dua hala masa depan industri pemerosesan daging Malaysia-Indonesia.
Selasa, 16 Februari 2010
Warung bakso di bawah pohon durian jadi tumpuan
Biarpun hari cuti sekolah warung bakso dan keenakan es tebak di kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat ini tetap menjadi tumpuan umum. Para pelajar, mahasiswa yang pulang ke kampung, pekerja Indonesia pemungut buah sawit, pekerja industri malahan pelancong dari Singapura juga ramai datang untuk menikmati keenakan bakso resepi Medan dan kesegaran Es Tebak, satu-satunya minuman mashyur yang berjaya menyeberang laut menembusi pasaran Malaysia.
Sedapnya makan bakso Medan dengan minum es tebak tengahari macam ni....
Isnin, 15 Februari 2010
staff bakso Medan berbaju seragam baru
Membuat semakan tempahan bebola daging lembu segar harian
Staff bahagian rekod dan persuratan
Kerani kanan unit perundangan
Unit jualan meneliti bungkusan Bakso untuk cenderahati
Salah seorang staff unit jualan menunjukan keratan akhbar
yang menyokong kerjayanya
Seorang staff unit jualan sedang melayani tempahan bakso
Langgan:
Catatan (Atom)