Isnin, 12 Julai 2010

KURSUS PENINGKATAN Q DI SUMATERA

Selain menghadiri bengkel anjuran Jabatan Vaterinar dan Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam JAKIM berkaitan penambahan produk halal dipasaran, firma kami juga mengambil langkah meningkatkan kualiti dengan  menghantar kakitangan menghadiri kursus yang bersesuaian dengan bidang tugas masing-masing. Diantara lokasi kursus yang dihadiri pada bulan Disember 2009 adalah di Pekanbaru, Riau, Pulau Sumatera, Indonesia.
 Keberangkatan dengan penerbangan  AK 572  jam 3.50 petang tersebut diiringi cuaca redup selama 40 minit. Destinasi  penerbangan Bandara Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, Riau, Indonesia  jam 3.35 petang (WIB). Sepanjang program  4 hari 3 malam tersebut semua peserta dibawa menginap di Hotel Asean, Pekanbaru. Antara agenda lawatan sambil belajar tersebut adalah melawat kilang dan industri pembuatan bebola, mengkaji kualiti daging lembu di pasaran tempatan dan perbincangan dua hala masa depan industri pemerosesan daging Malaysia-Indonesia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan