Ahad, 11 Oktober 2009

RESEPI BAKSO MEDAN.

BAHAN MEMBUAT  BEBOLA DAGING LEMBU

- Daging lembu segar 1000 gm (1 kg).
- 5 batang Serai.
- Bawang Merah 2 biji.
- 1 biji Bawang putih (+-10 ulas).
- Lemak sayuran (mayonis) 300 gm.
- Jintan halus & ketumbar 40 gm.
- 1 camca garam.
- Sedikit. Lada sulah.
- Sedikit. soda bikarbonat.
- Tepung sagu 500 gm.
- 100 gm tepung ubi.
- Tepung gandum 200 gm.
- Gula Halus 40 g.
- Halia 20 gm. .
- Air batu 150 gm.

CARA MEMBUAT


● Kisar dan gaul semua kecuali lemak sayuran (jika tiada mesin pengisar boleh juga mengguna blender biasa bagi jumlah yang sedikit)
● Perapkan adunan kira-kira 15 minit.
● Masuk dan gaulkan adunan dengan lemak sayuran.
● Bentukkan adunan menjadi bulat.

● Rebus dengan kadar 68 ยบ C (dengan api kecil) hingga bebola timbul.
● Angkat, biarkan sejuk toskan udara dan masukan dalam sup.


BAHAN DAN CARA MEMBUAT KUAH SOP

BAHAN  A

250 gram tulang lembu

BAHAN B


2 biji bawang besar (dikisar halus)
4 biji bawang kecil ( potong layang )
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
50 gram halia (dikisar halus)
2 sudu besar lada putih kisar
2 sudu besar lada hitam kisar
1 sup bunjut @ kiub sup ( jika ingin lebih berasa )
10 ulas cili api, tumbuk kasar (jika ingin lebih pedas)
garam secukup rasa
air secukupnya


2 ulas bawang putih ( di potong layang )

BAHAN C


3 batang daun sop ( di potong kecil )


CARA MEMASAK  SOP

1.  Rebus  bahan A / tulang lembu (lebih-kurang setengah jam)
2.  Sementara itu tumis bahan B hingga naik baunya.


3.  Setelah bahan B naik bau, tuang bahan A keatasnya.
4.  Masukan bahan C dan rebus sehingga mendidih.
5.  Kuah sop kita sudah siap untuk dihidang. Sediakan mangkok-mangkok 
berisi bebola daging, dengan bahan-bahan yang dikehendaki seperti mee hon / mee kasar / mee kerinting (maggie) dan tuangkan kuah sop kedalamnya.

6. Untuk hiasan tabur bawang goreng / daun sop diatasnya.

Halaman lain resepi di warong kami :

Khamis, 1 Oktober 2009

kenapa di panggil BAKSO ?

BAKSO merupakan sejenis makanan berasaskan daging diadun dengan tepung dan rempah ratus terpilih. Berasal dari Pulau Jawa dan mula dimashurkan sekitar tahun 80an . Kajian lisan yang dijalankan dalam pertemuan dengan beberapa pengusaha dan penggemar resepi berasaskan Bakso di Kepulauan Jawa dan Sumatera mendapati istilah BAKSO merupakan singkatan perkataan ‘ Bunder Asoi Kebo Sapi Odak Obah roso’ yang bermaksud bulatan cantik daging kerbau atau lembu tanpa mengubah rasa yang asal..

Selasa, 29 September 2009

KRONOLOGI BAKSO RESEPI MEDAN

Perniagaan Bakso Medan bermula dengan pembukaan warong menjual bakso di Lorong Masjid Jamik,Kampung Belahan Tampok Rengit, Batu Pahat, Johor pada tahun 2001. Kesukaran untuk mendapatkan bebola daging lembu yang menepati citarasa bakso Medan sebenar dengan ciri-ciri halal menjadi titik tolak awal untuk mengusaha sendiri, bebola berasaskan daging lembu. Bagi merealisasikan matlamat tersebut proses kajian serta penyelidikan teknik pembuatan bebola bermutu dijalankan, bukan hanya di premis tempatan tetapi menjangkau hingga ke Sumatera dan Kepulauan Jawa. Dengan meletakkan citarasa pelanggan sebagai ‘top choice’, kajian bertahun-tahun dengan bantuan dari agensi kerajaan dan swasta, Bakso Medan kini muncul menjadi bebola daging pertama keluaran bumiputera di daerah Batu Pahat.